Breaking News
Loading...
Friday, December 07, 2012

Info Post

Entri kalam nur kali ini hanya seringkas cuma. Sekadar buat renungan dan saya tinggalkan dengan satu persoalan,
"Adakah kita sedang atau telah mengerakkan diri membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul? 

 Untuk mengubah dunia, kita perlulah mengubah diri dahulu!


Sekadar Renungan...

Pada suatu hari, seorang bapa diganggu anaknya ketika dia sedang asyik membaca surat khabarnya. Untuk menghindari anaknya sementara dia habis membaca surat khabarnya, 
bapa pantas berfikir dan mendapat satu idea.

Dia mengeluarkan satu halaman daripada surat khabarnya yang mempunyai peta dunia di atasnya. Halaman itu dikoyak-koyakkannya kepada beberapa keping untuk 
membentuk permainan mencantum kepingan. 
Setelah mangacau-ngacaunya, kepingan itu diserahkan kepada anaknya untuk dicantumkan.


membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan


Dia begitu pasti bahawa anaknya akan mengambil masa yang lama untuk mencantumkannya. Namun selepas beberapa minit, anaknya muncul semula dengan gembira sambil menunjukkan peta dunia yang lengkap dicantumkan. Bapanya merasa cukup hairan kerana anaknya dapat menyelesaikannya dengan begitu cepat. Apabila bertanya kepada anaknya, anaknya menjawab,

 “Ini kerja yang mudah sekali kerana di belakang halaman ini terdapat gambar besar seorang manusia. Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan.”

Ayuh mulakan langkah kita,

Membaca dan merenung sahaja tidak cukup.Kita mesti "walk the talk "

Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya tertegak Islam di negara kamu.




kalam nur,
Dis, 2012

0 ulasan:

Post a Comment