“Kerana
kita menjadi rindu... sebab itu kita mengenang”
Musim hujan yang
bertandang memanggil saya mengenang saat hujan tika berkuliah dulu. Bumi Ulul
Albab sering sahaja basah dengan hujan. Terkadang
renyai tetapi banyaknya lebat.
“Tunggu
aku ye, aku nak tumpang, tak ada payung”, laung teman
dari bilik.
“Ok, jawabku jua dengan
laungan”.
Saya dan teman berkongsi payung melewati hujan, masing-masing
cuba untuk berada di posisi yang betul, anjak kanan anjak ke kiri, masing-masing
cuba untuk tidak ada pasangan yang basah terkena hujan. Saat itu teman yang
kurang rapat dengan kita jua boleh mampir dengan kita. Rahmat dari turunnya
hujan, hubungan yang dingin boleh kembali terjalin. Teman yang kita rapat pula boleh
jadi telah dulu berlalu cepat-cepat dengan payung “rainbow” nya, teruji
kesetiaan di saat hujan turun!
Kau bilang hendak
hujan kena berpanas dulu,
Hendak hujan
kena berhujan air mata dulu,
Hujan dan kita
punya cerita,
Janji kita akan
meredah rintiknya dan kebasahan bersama,
Berjalan kita ditengah
hujan berpasang-pasangan,
Berkongsi payung
sebatang sekadar muat-muat untuk berdua,
Dipertengahan payung
bocor, kita basah
Berlari-larian cari
tempat teduh,
Campak payung,
tinggal teman,
Mana kesetiaan mu wahai teman?
Teruji kesetiaan
kita di saat hujan turun.
gerimis petang feb 28, Kalam Nur

0 ulasan:
Post a Comment