Gemersik bicara ini terlalu
kudus untuk didendangkan, berbaur tangisan kuat.
Tiada bahasa mampu menjelaskan
detak hati dan perasaan ini sahabatku sayang.
Niikmatilah kalam hatiku ini
untuk ku menggambarkan betapa indahnya erti dan makna sebuah persahabatan.
sahabatku sayang,
sahabat bukan daripada 'Rahim' yang
sama tetapi ketahuilah sahabat kita di bawah ‘Ar-Rahim’ yang sama...
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)
itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”
(surah Al-Hujuraat 49:10)
sahabatku sayang,
dulu kau anak kecil penuh
ingusan,
kini kau gadis sunti pujaan,
esok mungkin tunangan, masa depan insyaAllah isteri si pria idaman...
sahabatku sayang,
dulu kita sama-sama bertatih
belajar tulis baca, kira-kira dan main bersama,
kini kau dan aku berdiri
mengajar, mendidik anak bangsa...
sahabatku sayang,
dulu kita teman, kini kita
masih lagi berkawan...
masa depan harap kita masih
kekal bersama dalam dekapan ukhuwah persahabatan...
sahabatku sayang,
ketahuilah mu wahai sahabat,
inilah perjalanan yang kita
panggil KEHIDUPAN...
sahabatku sayang,
aku berpesan pada diriku dan
dirimu atas nama persahabatan...
SYURGA DUNIA INDAH DIKATA,
TETAPI AKHIR YANG KEKAL ADALAH DISANA...
“CARILAH SAHABAT WALAU SERIBU KERANA SERIBU ITU SEDIKIT,
HINDARILAH MUSUH WALAU SEORANG
KERANA SEORANG ITU RAMAI...”
sahabatku sayang,
ku berbicara dalam irama yang
rendah memohon pengharapan,
Ya Allah, jadikanlah kami teman di dunia dan sebagai
teman akhirat dalam syurga Firdausi yang hakiki....
ayuh bersama sahabatku sayang
dalam dekapan tali-tali ukhuwah,
MARILAH KITA HIDUP PENUH
KEMANFATAN,
MENJADI SEBAIK-BAIKNYA INSAN...
Kalam Nur
Oktober 2012

0 ulasan:
Post a Comment